CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 30, 2008

PROFIL SYARIKAT


Nama Syarikat: PELADANG SOUTHSILK SDN. BHD

No. Pendaftaran: 400890W

Alamat: NO. 7,9 & 11, JALAN PERSIARAN TANJUNG
SUSUR 1, TAMAN BUKIT ALIF, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR.

No. Telefon: 07-234 2000

Fax: 07 -234 1000

Email : peladang_southsilk@msn.com

PENGENALAN SYARIKAT

Syarikat Peladang Southsilk Sdn. Bhd. (PSSB) ditubuhkan pada 5 September 1996 adalah syarikat milik penuh Pertubuhan Peladang Negeri Johor.Syarikat mempunyai modal berbayar sebanyak RM800,000 dan modal dibenar RM5,000,000.
Dibentuk untuk menceburi bidang pembangunan/pengurusan hartanah khususnya bagi menyelia hartanah milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor. Ini juga bersesuaian dengan kehendak Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri Johor yang tidak akan bergantung seratus peratus kepada bidang pertanian.

AKTIVITI UTAMA SYARIKAT

Sebagai sebuah syarikat yang berteraskan pembangunan/pengurusan hartanah, syarikat mempunyai beberapa aktivti utama:-

  • Pengurusan hartanah/Pembangunan Hartanah .
  • Pengiklanan.
  • Bangunan/Pejabat.
  • Kebersihan.
  • Jentera.

HARTANAH



Pengurusan hartanah

Sebagai sebuah syarikat yang bergerak cergas di dalam pengurusan hartanah, syarikat bersedia untuk menceburi mana-mana hartanah untuk diuruskan. Syarikat bertanggungjawab mendapatkan penyewa, mengutip sewa, menyelenggara bangunan bagi memastikan pulangan yang optimum kepada pemilik hartanah.
Syarikat telah diberi kepercayaan untuk menguruskan sebuah bangunan enam tingkat ditengah-tengah bandaraya Johor Bahru.Selain daripada itu syarikat juga bertanggungjawab menguruskan sepuluh buah kilang sederhana sebelas unit rumah kedai di Negeri Johor dan sebuah Kompleks Pengangkutan di Pasir Gudang, Johor.



Pembangunan Hartanah


Syarikat juga bergiat cergas di dalam pembangunan hartanah. Syarikat sedang menjalankan kajian kemungkinan pembangunan pada tanah yang dimiliki oleh syarikat induk.Dua bidang tanah telah dikenalpasti untuk dimajukan dalam masa yang terdekat.

a. Tanah Skudai-
Terletak di persimpangan bertingkat Taman Tun Aminah, Johor Bahru. Tanah ini bakal dibangunkan sebagai ‘one -stop residential-commercial retail centre.

b. Tanah Kampung Maju Jaya -
Terletak berhampiran dengan Star Hill Golf Resort akan dibangunkan sebagai sebuah taman perumahan.


HARTANAH



1. Wisma Peladang - Bangunan 6 tingkat di Bandaraya Johor Bahru, dilengkapi pelbagai kemudahan untuk sewaan.
2. Kilang 1 ½ tingkat- 10 buah kilang di Kempas, Johor Bahru- sesuai bagi industri kecil dan sederhana
3. Rumah Kedai - 14 unit rumah kedai di seluruh negeri Johor- boleh digunakan sebagai ruang pejabat, kedai dan lain-lain
4. Kompleks Pengangkutan- terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang- disewakan kepada Peladang Angkut Sdn. Bhd.












Thursday, November 27, 2008

PENGIKLANAN

Peladang Southsilk Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti pengiklanan bagi mempermosikan barangan atau perkhidmatan.Pengiklanan adalah sangat penting dalam strategi pemasaran.Ia merupakan kegiatan pemajuan untuk mencapai objektik pemasaran. Objektif pemasaran diperolehi melalui penggunaa faktor barangan, harga dan lokasi.

BANGUNAN PEJABAT



  • Ubahsuai Bangunan/Pejabat
Syarikat juga mempunyai kepakaran di dalam ubahsuai pejabat dan bangunan. Dengan pekerja yang berpengalaman di dalam bidang hiasan dalam syarikat bersedia memberikan khidmat yang terbaik kepada mana-mana pelanggan.


  • Membekal Peralatan Pejabat

Bagi melengkapkan aktiviti ubahsuai bangunan/pejabat syarikat juga bersedia untuk membekalkan peralatan pejabat yang bermutu dengan harga yang berpatutan.

KEBERSIHAN








Peladang Southsilk Sdn Bhd menjalankan kerja-kerja pembersihan bangunan.Setiap pekerja telah di tetapkan mengikut tugasan masing-masing.Para pekerja juga di tempatkan di
bahagian-bahagian seperti
:-


  • BAHAGIAN PENTADBIRAN
  • BAHAGIAN KEWANGAN
  • BAHAGIAN SEKRETRIAT
  • BAHGIAN KORPORAT



JENTERA

Encik Amran,Pengurusan Besar SouthSilk Sdn Bhd merasmikan "New Backhoe Loader"



"NewBackhoe Loader" di hantar ke pusat Jentera



Backhoe Loader gunaan untuk perladangan